These are the thing I memorised today by using 4periods!
Nilai + Definisi :)!
Bab1
Kepercayaan kepada Tuhan
-keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhaNYA berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip rukun negara.
Amanah
-Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.
Harga Diri
-Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.
Bertanggungjawab
-Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.
Hemah Tinggi
-Beradab sopan, berbudi pekerti mulia dalam pengaulan seharian.
Toleransi
-Kesanggupan bertolak ansur, sabar, mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.
Kasih Sayang
-kepekaan,perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.
Berdikari
-Kebolehan dan kesanggupan untuk melakukan sesuatu perkara tanpa bergantung kepada orang lain.
Kerajinan
-Usaha yang berterusan penuh dalam semangat keteguhan, kecekalan, kegigihan, dedikasi, berdaya maju dalam melakukan sesuata perkara.
Keadilan
-Tindakan dan keputusan yang sak sama serta tidak berat sebelah.
Rasional
- Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata serta mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.
Kesederhanaan
-Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam permikiran, pertuturan, perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.
Bab2
Kasih sayang terhadap keluarga
-perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam serta berkekalan terhadap keluarga.
Hormat dan taat kepada anggota keluarga
-Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.
Mengekalkan tradisi kekeluargaan
-Menerima, menghormati, mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun-temurun dalam keluarga.
Tanggungjawab terhadap keluarga
-kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej keluarga dan menjaga maruah keluarga.
Bab3
Menyayangi dan menghargai alam sekitar
-Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.
Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
-Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.
Kemapanan alam sekitar
-Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup.
Peka terhadap isu-isu alam sekitar
-Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya.
Bab4
Melindungi hak kanak-kanak
-membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna.
Menghormati hak wanita
-Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.
Menlindungi hak pekerja
-Menghormati , menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa, sumbangan dalam pembambanguan keluarga, masyarakat dan negara.
Menghormati hak golongan kurang berupaya
-Memberikan layanan secara bersopan kepada golongan kurang upaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan.
Menlindungi hak pengguna
-Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.
Bab5
Cinta akan negara
-perasaan sayang dan bangga kepada negara dan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.
Taat setia kepada raja dan negara
-Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada raja dan negara.
Sanggup berkorban untuk negara
-Kerelaan melakukan dan menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara.
Bab6
Mematuhi peraturan dan undang-undang
-Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.
Kebebasan bersuara
-Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman.
Kebebasan beragama
-Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.
Penglibatan diri dalam pembangunan negara
-Kebebasan untuk menglibatkan diri dalam pelbagai activiti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.
Sikap keterbukaan
-Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan, kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.
Bab7
Hidup bersama secara aman
-hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira bangsa, agama, dan budaya.
Saling membantu dan bekerjasama
-Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau masyarakat untuk mencapai sesuata matlamat.
Saling menghormati antara negara
-Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara bagi menjamin kesejahteraan sejagat.